UNDANG-UNDANG SEPANJANG EKSPO



LAMPIRAN A
UNDANG-UNDANG/ PERATURAN PERTANDINGAN

1.0      PERATURAN AM
1.1     Ekspo Keusahawanan ini dijalankan mengikut undang-undang/ peraturan yang ditetapkan mengikut jenis-jenis pertandingan.
1.2         Pendaftaran peserta (borang di Lampiran A) hendaklah dibuat pada atau sebelum 12 MAC 2018 (ISNIN) kepada:

Pengetua,
                  Maktab Rendah Sains MARA Baling,
                  Kampung Sera Mukim Pulai,
                  09100 Baling,
                  Kedah.
           Atau  04-4702882
           Faks : 04-4702880
           Emel:  ekspomrsmbaling2018@gmail.com
           Website: ekspokeusahawanan2018.blogspot.com


2.0    PERATURAN, KEPERLUAN HARIAN, PAKAIAN, PENGINAPAN DAN DISIPLIN SEPANJANG EKSPO

2.1        PERALATAN TAMBAHAN

Semua pelajar diminta membawa bantal, cadar, sarung bantal, selimut dan keperluan peribadi lain.

2.2        PAKAIAN PELAJAR

a. Taklimat atur cara
    Smart casual dan berkasut
b. Bicara Tokoh, Kuiz Keusahawanan, Eksplorasi Keusahawanan dan Catur Bistari
    Pakaian Seragam maktab/ blazer/ baju kot/ tali leher dan berkasut hitam
c. Aktiviti persiapan dan Business Game
   Pakaian sukan/ t-shirt berkolar dengan logo maktab
d. Majlis Perasmian Penutup
    Baju batik maktab dan berkasut hitam

2.3        PAKAIAN GURU DAN PEMANDU

a. Sepanjang program
   Smart casual dan berkasut
b. Majlis Perasmian Penutup
    Baju batik/formal dan berkasut
  
2.4        PROGRAM / AKTIVITI KEROHANIAN / PERATURAN MAKTAB

a.  Semua pelajar DIWAJIBKAN hadir untuk morning call pada pukul 7.30 pagi setiap hari di bawah pengurusan guru pengiring maktab masing-masing.
b.  Pelajar DIWAJIBKAN hadir sembahyang berjemaah di Surau MRSM Baling.
c.   Setiap pelajar DIWAJIBKAN memastikan bilik dan asrama sentiasa bersih dan kemas.
d.  Pelajar dikehendaki mengosongkan asrama selewat-lewatnya 15 minit sebelum aktiviti bermula.
e.  Pelajar DILARANG memasuki asrama kecuali kes kecemasan setelah mendapat  kebenaran dari pihak urus setia sepanjang aktiviti dilaksanakan.
f.   Tempoh lights off adalah dari pukul 11.30 malam hingga 5.30 pagi.                                     Pelajar diwajibkan tidur pada tempoh tersebut.
g.  Kawasan asrama berlainan jantina merupakan kawasan larangan.
h.  Kesemua pelajar tertakluk kepada Tatatertib dan Peraturan Disiplin Maktab seperti dalam panduan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Menengah MARA.
i.    Guru Pengiring dan pemandu adalah tertakluk di bawah arahan dan pengawasan Pengetua   MRSM BALING.

2.5       PERINGATAN

a.  Berpakaian t-shirt kolar bulat / t-shirt tanpa lengan / jeans / sebarang jenis seluar pendek / skirts adalah TIDAK DIBENARKAN.
b.  Pihak maktab / urus setia TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB atas sebarang kehilangan wang atau barangan peribadi.
c.   Guru pengiring diminta bersama-sama membantu dalam pengawasan dan kawalan pelajar sepanjang program ini berlangsung.

               (SEGALA TINDAKAN DAN TINGKAH LAKU PESERTA ADALAH TERTAKLUK KEPADA 
               TATATERTIB DAN PERATURAN DISIPLIN MRSM BALING)

 3.0      PENEMPATAN
Semua pelajar ditempatkan di asrama pelajar MRSM BALING.

4.0      PERALATAN
Setiap MRSM perlu membawa peralatan berikut dalam keadaan baik:

4.1     Peralatan yang diperlukan untuk gerai.
4.2     Bagi Pameran Gerai, bayaran deposit kebersihan akan dikenakan pada setiap MRSM sebanyak RM50.00 manakala bayaran sewa tapak adalah sebanyak RM100.00. Bayaran sewa Pameran Gerai boleh dibuat secara tunai/ cek/ atas talian (pengesahan pembayaran hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran) atas nama KELAB KAGUM MRSM BALING (nombor akaun Bank Islam: 02048010049199)

5.0      KAWALAN DISIPLIN
Guru pengiring bertanggungjawab mengawal disiplin pelajar masing-masing semasa di dalam dan di luar MRSM BALING. Semua pelajar/ peserta tertakluk dengan peraturan MRSM BALING.

 6.0      KESELAMATAN HARTA BENDA
6.1         Pihak pengelola TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB terhadap sebarang kehilangan barangan peribadi peserta. Peserta dinasihatkan tidak meninggalkan barang-barang berharga di asrama semasa meninggalkan bilik penginapan masing-masing.
6.2         Pihak pengelola berhak menuntut ganti rugi sekiranya peserta melakukan kerosakan terhadap harta benda MRSM BALING.
6.3         Pelajar yang terlibat dalam kes disiplin akan terus dihantar balik dan tindakan seterusnya diserahkan kepada Maktab masing-masing.

2 comments:

  1. PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,

    ReplyDelete
  2. A great new cookery to help spice up your spicy
    "Our recipe is simple and delicious to use in an all micro touch titanium trim where to buy new way. We use our original titanium solvent trap recipe to create fresh, 2017 ford fusion energi titanium flavorful flavors titanium phone case that everquest titanium compliment our dishes in

    ReplyDelete