PERATURAN PERTANDINGAN & AKTIVITI
SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN DAN AKTIVITI
(Kemaskini : 28 Feb 2018)
1.0 GERAI
MEREVOLUSIKAN INDUSTRI DESA
1.1. Penyertaan hanya kepada semua MRSM yang
berdaftar sahaja daripada 53 buah
MRSM seluruh Malaysia.
1.2. Tema Ekspo :
“Nurturing
Entrepreneurial Mind “
i.
Hiasan gerai mesti berkonsepkan Merevolusikan
Industri Desa.
ii.
Produk jualan mestilah mempunyai
sekurang-kurangnya satu jenis produk yang berkonsep/ mempunyai ciri-ciri di
atas.
iii.
Produk jualan tidak semestinya hasil
mentah tetapi sebarang produk yang mempunyai ciri-ciri merevolusikan industri
desa, contohnya, kerepek pisang berkeju, pasu, barangan kraf tangan, batik dan
sebagainya.
iv.
Perniagaan secara dalam talian atau online diutamakan.
1.3. Peraturan Sepanjang Ekspo
1.3.1 Waktu Perniagaan
i. Gerai di tapak jualan bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam.
ii. Petugas gerai diminta mengemaskan gerai mulai jam 10.30 malam
hingga 11.00 malam.
iii. Bekalan elektrik akan diputuskan selepas
jam 12.00 malam.
v.
Gerai hendaklah ditutup jam 11.30
malam.
1.3.2 Pas
Perniagaan
i. Pas Perniagaan
akan diserahkan pada hari pendaftaran iaitu 30/03/2018 (Jumaat). Persiapan
gerai untuk pertandingan akan bermula pada 30/03/2018 (Jumaat) jam 2.30 petang
hingga 10.30 malam.
ii. Petugas gerai TIDAK
DIBENARKAN memasuki tapak gerai sehingga mereka mendaftar terlebih dahulu
di kaunter pendaftaran dan membayar sewa tapak sebanyak RM100.00 dan deposit kebersihan sebanyak RM50.00
iii. Petugas gerai DIBENARKAN mengemas gerai dan memasuki gerai bermula 30/03/2018
selepas sahaja Pas Perniagaan
diberikan.
1.3.3 Tapak
Gerai Jualan
i. Cabutan
Undi untuk penentuan tapak gerai akan dibuat pada 30/03/2018 (Jumaat) bertempat
di Kaunter Pendaftaran semasa proses pendaftaran. Sekiranya petugas gerai TIDAK HADIR semasa cabutan undi, pihak urus setia akan mengundi
bagi pihak petugas gerai.
ii. Tapak gerai jualan berukuran 10’ x 10’ bagi setiap kontinjen.
iii. Petugas gerai TIDAK DIBENARKAN menambahkan keluasan tapak gerai.
iv Tapak
gerai adalah di parkir berhadapan Pusat Pelajar dan bersebelahan Dewan Besar
MRSM Baling.
vi.
Peralatan dan kemudahan gerai yang
dibekalkan oleh pihak penganjur
seperti berikut:
Peralatan
|
Bilangan
|
Meja
(3’ x 7’)
|
1
|
Kerusi
|
2
|
Plug
|
1
|
Lampu
|
1
|
vi. Pihak penganjur TIDAK
MENYEDIAKAN kemudahan seperti berikut:
a. Wayar
penyambung
b. Kipas
(PIHAK KONTINJEN DIGALAKKAN MEMBAWA
PERALATAN YANG BERSESUAIAN MENGIKUT KEPERLUAN)
1.3.4 Keselamatan
i.
Petugas gerai adalah BERTANGGUNGJAWAB terhadap peralatan
daripada sebarang kerosakan dan
kehilangan. Bayaran ganti rugi akan
dikenakan mengikut harga sebenar barang berkenaan sekiranya berlaku kehilangan
dan kerosakan disebabkan kecuaian pihak petugas gerai.
ii.
Petugas gerai juga BERTANGGUNGJAWAB sepenuhnya terhadap
urusan pengambilan dan pemulangan peralatan yang dibekalkan tanpa gagal.
iii.
Petugas gerai dikehendaki memastikan
peralatan berada di tempat asalnya dan tidak diubah sesuka hati.
iv.
Sekiranya perlu penambahan alatan,
petugas gerai perlu memaklumkan kepada urus setia.
v.
Petugas gerai BERTANGGUNGJAWAB mengawal keselamatan peralatan barang-barang
jualan masing-masing, khasnya pada waktu malam. Pihak urus setia tidak akan
membayar sebarang ganti rugi atas kehilangan dan kerosakan barang atau alatan
tersebut.
vi.
Bagi memastikan penggunaan alat
elektrik yang boleh menyebabkan berlaku litar pintas, petugas gerai adalah DILARANG menggunakan peralatan elektrik
seperti berikut:
a) Peti sejuk
b) Oven elektrik
c) Dapur elektrik
d) Gegelung pemanas
e) Alat audiovisual melebihi 1500w
f) Penyaman udara
g) Dan alat-alat yang berkuasa lebih 1540w
1.3.5. Kebersihan
i. Petugas gerai BERTANGGUNGJAWAB menjaga kebersihan tapak gerai masing-masing
sepanjang masa ekspo berlangsung.
ii. Petugas gerai DIKEHENDAKI menyediakan tong sampah dan plastik sampah sendiri dan
membuangnya dua kali sehari.
iii. Petugas gerai TIDAK
DIBENARKAN menampal, mengoyak, menconteng atau apa-apa perbuatan yang boleh
diklasifikasikan sebagai vandalisma dan boleh merosakkan/ atau merubah keadaan
sebenar kawasan gerai.
iv.
Pihak urus setia akan membuat
pemeriksaan dari semasa ke semasa. Petugas gerai yang GAGAL mematuhi peraturan yang ditetapkan boleh meminta mengosongkan
gerai mereka serta-merta dan deposit tidak akan dipulangkan.
1.3.6. Barang Jualan
i. Petugas gerai DIBENARKAN menggunakan klasifikasi gerai perniagaan seperti yang
didaftarkan semasa permohonan.
ii. Petugas gerai TIDAK DIBENARKAN menjual makanan
masak/ basah yang perlu dimasak atau digoreng semasa jualan. Petugas gerai hanya DIBENARKAN menjual
makanan masak yang telah siap digoreng/dibungkus sahaja.
iii. Kategori gerai perniagaan dan jualan
seperti berikut:
Gerai Kering (Contoh)
·
Pakaian
·
Buku/kaset/CD
·
Makanan snek/ kerepek/ pastri dan kek
·
Alat elektrik
·
Kraf tangan/ cenderahati
·
Alat kosmetik
·
Bunga-bungaan/ sayur-sayuran/
buah-buahan tempatan
·
Permainan
Gerai Korporat (Contoh)
·
Produk komunikasi
·
Produk komputer
·
Kenderaan
·
Pameran umum
iv. Petugas gerai TIDAK
DIBENARKAN menjual barangan yang menyalahi peraturan seperti berikut:
·
VCD haram dan lucah
·
Bahan letupan
·
Senjata berbahaya
·
Racun dan dadah berbahaya
·
Barang mudah bakar (seperti belon
gas)
1.4 Makluman Tambahan
i. Petugas gerai dikehendaki menyediakan
stok yang mencukupi sehingga hari akhir
ekspo.
ii. Penghakiman Pertandingan Gerai Jualan
akan dilakukan pada hari Ahad (1/4/2018) jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.
iii.
Petugas gerai disarankan menjaga
hiasan gerai dan produk yang dipasarkan sehingga proses penghakiman tamat.
2.0 Anugerah PUM dan Koperasi Terbaik
a)
Anugerah Syarikat PUM
b)
Anugerah Koperasi Terbaik
c)
Anugerah Jualan Tertinggi PUM
d)
Anugerah Keuntungan Tertinggi Koperasi
(KEPUTUSAN PERTANDINGAN BERDASARKAN
LAPORAN
YANG DIHANTAR KE BPM)
3.0
PERMAINAN STRATEGI PERNIAGAAN BUSINESS GAME
3.1
Objektif Business Game
Pertandingan Business Game bertujuan untuk :
1. Mempelajari sistem perniagaan yang betul dan tepat sebagai
panduan kepada pendidikan awal di dalam bidang perniagaan.
2. Melahirkan pelajar berinovasi dan kreatif dalam memenuhi
kehendak pasaran ekonomi semasa.
3. Mendokong dasar kerajaan melahirkan modal insan untuk memacu
Negara Maju pada tahun 2020.
4. Pertandingan ini dilaksanakan di luar kawasan maktab iaitu di
Pekan Baling
5. Pertandingan
melibatkan tiga perkara utama dalam perniagaan iaitu:
·
Aliran Kewangan
·
Pentadbiran dan Operasi
·
Promosi, Pemasaran dan Hebahan
a) Kriteria Pemarkahan - Pemarkahan akan dinilai oleh konsultan/ juri.
b)
Penyertaan - 5
peserta.
c)
Kaedah Pertandingan - Taklimat
akan diberikan pada hari pertandingan.
4.0
PERMAINAN CATUR BISTARI.
4.1 Peraturan
am
i. Kesemua peraturan yang terkandung adalah ditetapkan oleh
pihak Jawatankuasa Penganjur.
ii. Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan
Pertandingan ini adalah muktamad.
4.2 Keterampilan Diri
i. Setiap peserta DIKEHENDAKI
berpakaian kemas dengan memakai pakaian
korporat/ persatuan/ kelab yang mewakili maktab masing-masing.
4.3 Pendaftaran dan Kehadiran
i. Setiap maktab DIWAJIBKAN
membawa set catur bestari yang lengkap untuk
mengelakkan timbulnya masalah semasa pertandingan.
ii. Taklimat akan diberikan kepada semua
peserta pada 1 APRIL 2018 jam
10.00 pagi di Dewan Besar MRSM BALING.
iii. Setiap ketua/pengurus pasukan DIKEHENDAKI mendaftarkan peserta 30 minit sebelum pertandingan bermula.
iv. Pasukan yang lewat mendaftar 10 minit
setelah pertandingan bermula akan DIBATALKAN
penyertaannya.
4.4 Penyertaan
i. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang peserta sahaja.
4.5 Sistem pertandingan
4.5.1 Perlawanan
akan diadakan secara serentak tanpa saringan.
4.5.2 Masa yang diperuntukkan untuk perlawanan
adalah selama 2 jam. Walau bagaimanapun, pihak penganjur berhak untuk
menamatkan pertandingan pada bila-bila masa sepanjang tempoh pertandingan
berlangsung.
4.5.3 Pengundian bagi menentukan kedudukan peserta
dalam kumpulan tertentu akan dibuat oleh pihak penganjur.
4.5.4 Peserta akan dipecahkan kepada kumpulan yang
berlainan semasa pertandingan dan akan kembali ke kumpulan asal setelah tamat
permainan.
4.5.5 Pemain TIDAK DIBENARKAN untuk menukar nombor
meja/tempat duduk semasa pertandingan. Sekiranya terdapat pertukaran nombor
meja, penyertaan pemain tersebut akan DIBATALKAN.
4.5.6 Syarat-syarat, konsep permainan, peraturan
serta sebarang perubahan adalah bawah bidang kuasa pihak penganjur.
4.5.7 Semasa di Laluan Makan Gaji, para peserta TIDAK DIBENARKAN untuk membeli mata
amal daripada pihak bank.
4.5.8 Untuk bertukar dari Laluan Tijarah ke Laluan
Jihad Bisnes, peserta perlu mengumpul dan mempunyai nilai mata bisnes amal
sekurang-kurangnya sebanyak 1000 mata
dan nilai wang aset sekurang-kurangnya RM
1 juta. Sekiranya pemain mempunyai RM 1 juta tetapi tidak mencapai jumlah
mata bisnes amal yang ditetapkan, pemain tersebut masih belum layak untuk
bertukar ke Laluan Jihad Bisnes.
4.5.9 Jumlah
nilai mata amal boleh dikumpul semasa berada di Laluan Makan Gaji.
4.6 Sistem
Penilaian Markah
4.6.1 Pihak banker perlu mencatatkan jumlah nilai
wang berdasarkan jumlah tunai dan bisnes beserta mata bisnes amal di dalam
borang yang akan diedarkan. Borang tersebut akan diserahkan kepada pihak
penganjur dan akan diaudit oleh juruaudit bertauliah yang dilantik.
4.6.2 Pihak penganjur akan melantik dan memilih hakim
dan juruaudit bagi mengadili dan menghakimi perlawanan sepanjang pertandingan
ini.
4.6.3 Perlantikan dan pemilihan tersebut adalah
bawah bidang kuasa pihak penganjur sendiri.
4.7
Penentuan Kemenangan
4.7.1 Penentuan kemenangan pertandingan peringkat akhir
ditentukan sebagaimana berikut:
i. Kategori Kumpulan Nilai
Aset Tertinggi
a.
Johan
b. Naib Johan
c. Tempat Ketiga
d. Individu orin Tertinggi
e. Laluan Tijarah
(kumpulan)
f. Laluan Jihad Bisnes
(kumpulan)
g. Nilai Biz Amal
(kumpulan)
4.8 Bantahan
& rayuan
4.8.1 Semua bantahan dan rayuan hendaklah
dikemukakan oleh Pengurus Pasukan secara bertulis melalui borang yang
disediakan pihak penganjur.
4.8.2 Borang Bantahan dan Rayuan perlu diserahkan
kepada pihak penganjur atau wakilnya tidak lewat 30 minit selepas perlawanan
tamat.
4.8.3 Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan wang cagaran sebanyak RM 300.00. Keputusan hakim adalah
muktamad.
5.0 KUIZ
KEUSAHAWANAN
5.1 KUIZ KEUSAHAWANAN PERINGKAT SARINGAN
i.
Ujian saringan akan diadakan kepada
semua peserta secara serentak (setiap MRSM menghantar 4 orang peserta).
ii.
Terdapat 40 soalan dalam ujian saringan (30 soalan objektif dan 10 soalan
subjektif).
iii.
Markah adalah berdasarkan jumlah
markah semua ahli kumpulan.
iv.
4 kumpulan yang mendapat markah
tertinggi layak memasuki peringkat akhir.
v.
Skop soalan: Prinsip Perakaunan
silibus Tingkatan 4, Perdagangan silibus Tingkatan 4, dan Pengetahuan Am
(Tokoh-tokoh usahawan, Matawang Dunia, Singkatan/ Akronim)
5.2
KUIZ KEUSAHAWANAN PERINGKAT AKHIR
Pusingan
Pertama
Terdiri daripada 12 soalan. Setiap peserta berpeluang menjawab sekali sahaja dengan
memilih soalan 1 hingga 12 yang terpapar di skrin. Soalan yang terpilih tidak
boleh diguna semula.
i.
Soalan akan diajukan kepada peserta
yang berkenaan sahaja.
ii.
Peserta TIDAK DIBENARKAN berbincang.
iii.
Peserta perlu menjawab secara lisan
dalam tempoh masa yang ditetapkan.
iv.
Masa yang diberikan adalah 10 saat,
dikira selepas loceng pertama dibunyikan dan loceng kedua dibunyikan bagi
menandakan waktu tamat.
v.
Sekiranya peserta dapat menjawab
dengan tepat, 10 markah akan diberikan, jawapan yang salah 0 markah dan jika
jawapan kurang tepat 5 markah akan diberikan bergantung kepada budi bicara
panel juri.
vi.
Soalan tidak akan dibuka kepada
peserta lain jika peserta tidak dapat menjawab soalan.
vii.
Soalan akan dipaparkan di layar dan
dibacakan sekali sahaja.
Pusingan
Kedua
Terdiri daripada 16 soalan. Setiap peserta berpeluang menjawab sekali sahaja dengan
memilih soalan 1 hingga 16 yang terpapar di skrin. Soalan yang terpilih tidak
boleh diguna semula.
i.
Soalan akan diajukan kepada peserta
yang berkenaan sahaja.
ii.
Peserta DIBENARKAN berbincang dengan ahli kumpulan.
iii.
Peserta perlu menjawab secara lisan
dalam tempoh masa yang ditetapkan.
iv.
Masa yang diberikan adalah 10 saat,
dikira selepas loceng pertama dibunyikan dan loceng kedua dibunyikan bagi
menandakan waktu tamat.
v.
Sekiranya peserta dapat menjawab
dengan tepat, 10 markah akan diberikan, jawapan yang salah 0 markah dan jika
jawapan kurang tepat 5 markah akan diberikan bergantung kepada budi bicara
panel juri.
vi.
Soalan akan dibuka kepada kumpulan
lain (kumpulan yang paling cepat menekan buzzer selepas loceng dibunyikan) jika
peserta tidak dapat menjawab soalan. Hanya 5 markah diberikan jika dapat
menjawab dengan tepat.
vii.
Soalan akan dipaparkan di layar dan
dibacakan sekali sahaja.
Pusingan
Ketiga
Terdiri daripada 20 soalan.
i.
Peserta daripada setiap kumpulan
perlu menekan buzzer untuk menjawab setelah loceng pertama dibunyikan.
ii.
Jika peserta menekan buzzer sebelum
loceng dibunyikan, peserta atau ahli kumpulan tidak dibenarkan menjawab soalan.
iii.
Peserta DIBENARKAN berbincang dengan ahli kumpulan.
iv.
Masa yang diberikan adalah 10 saat,
dikira selepas loceng pertama dibunyikan dan loceng kedua dibunyikan bagi menandakan waktu
tamat.
v.
Sekiranya peserta dapat menjawab
dengan tepat, 10 markah akan diberikan, jawapan yang salah 0 markah dan jika
gagal menjawab dengan betul 5 markah kumpulan berkenaan akan ditolak.
vi.
Soalan tidak akan dibuka kepada
kumpulan lain.
vii.
Untuk soalan berkaitan tokoh, setiap
kumpulan dibenarkan meminta pembayang untuk membantu mereka (1 pembayang sahaja).
Walau bagaimanapun, bagi pembayang yang diberikan, 2 markah akan ditolak
daripada 10 markah penuh.
viii.
Soalan akan dipaparkan di layar dan
dibacakan sekali sahaja.
6.0
PERSEMBAHAN SYARIKAT
6.1
10 buah MRSM terbaik akan menghantar wakil seramai lima orang yang terdiri
daripada Pengarah Urusan, Pengurus Kewangan, Pengurus Pentadbiran, Pengurus
Pemasaran dan Pengurus Pengeluaran.
6.2
Setiap maktab perlu bersedia untuk
persembahan syarikat kerana sepuluh maktab terbaik hanya akan dimaklumkan oleh
pihak urusetia pada tarikh konvensyen berlangsung.
6.3
Setiap kumpulan diperuntukkan masa
sebanyak 20 minit untuk persediaan dan pembentangan.
6.4
Pemarkahan akan dinilai daripada
aspek imej syarikat dan laporan setiap Pengurus yang terlibat.
6.5
Peserta hendaklah terdiri daripada
ahli PUM yang berdaftar dan sekiranya pihak urus setia mendapati bahawa pihak
ketiga yang terlibat dan membuat persembahan, maka kemenangan dan penyertaan
maktab terlibat AKAN DIBATALKAN.
6.6
Segala perincian butiran persembahan
oleh setiap pengurus kumpulan hendaklah selari dengan situasi sebenar syarikat.
6.7
Undian akan dilakukan pada sebelum
persembahan syarikat bermula.
6.8
Setiap persembahan diminta mematuhi
masa yang diperuntukkan.
6.9
Penilaian akan dibuat secara
keseluruhan dan juga terperinci oleh juri-juri bebas yang dilantik.
No comments